Kata-Kata Aluan

     Tema Seminar

     Ucap Utama

     Prosiding

     Jawatankuasa Seminar

     Tentang Persatuan

     Jawatankuasa Persatuan

 
Kertas  | 1 - 10 | 11 - 20 | 21 - 30 | 31 - 40 | 41 - 50 | 51 - 59 |
   
P21

 

Miskonsepsi Matematik – Satu Refleksi oleh Norlia Goolamally (Open University Malaysia) dan Jamil Ahmad (Universiti Kebangsaan Malaysia) 
P22

 

Pemahaman Pelajar Lepasan Matrikulasi Dalam Topik Pembezaan oleh Ezrinda Mohd Zaihidee dan Siti Fatimah Hj Ahmad Zabidi (Universiti Malaysia Pahang) 
 
P23

 

Amalan Reflektif Pendidik Matematik:  Satu Kajian Kes oleh Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh  (Universiti Sains Malaysia)
P24

  

Kesaan Kaedah Pengajaran Berbantukan Geometer’s Sketchpad Terhadap  Pencapaian Pelajar Dalam Topik Transformasi oleh Azlina Binti Mohd Kosnin dan  Suhaila Binti Abdullah (Universiti Teknologi Malaysia) 
 
P25

 

Perkembangan Profesionalisme Dalam Kalangan Guru Sains  Melalui Program Perkembangan Staff  oleh Rosnah Andak dan Naimah Yusoff 
P26 Hubungan Antara Amalan Kerja Amali Dengan Pencapaian Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Daya oleh Rohana Binti Mohd Atan dan Shaharom Bin Noordin (Universiti Teknologi Malaysia)
 
P27

 

An Analysis Of Primary School Mathematics Textbooks Used In Malaysian Classroom: Word Problems In Addition And Subtraction by Parmjit Singh (Mara University Of Technology, Malaysia) 
 
P28

  

Dari Perspektif Teori Beban Kognitif: Adakah Pbl Berkesan? oleh  Kahirol B. Mohd. Salleh (UTHM) dan Lai Chee Sern  (University Of Bremen, Germany)
 
P29

 

Promoting Innovative Use Of Geometer’s Sketchpad (Gsp) Through Lesson Study Collaboration: A Case Study by Lim Chap Sam, Chew Cheng Meng (Universiti Sains Malaysia), Chiew Chin Mon (Institut Perguruan Tunku Bainun) and Goh Seok Inn (SMK Berapit Bukit Mertajam )
 
P30

 

Tahap Penguasaan Guru Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Amali (Peka)  Sains Penilaian Menengah Rendah oleh  Abdul Rahim Hamdan dan  Saliza Ahmad (Universiti Teknologi Malaysia)
 
 

 

P21

 

MISKONSEPSI MATEMATIK – SATU REFLEKSI

Norlia Goolamally
(Open University Malaysia)

Jamil Ahmad
(Universiti Kebangsaan Malaysia) 

Matematik adalah satu mata pelajaran yang penting di sekolah dan ia juga merupakan antara mata pelajaran yang kompleks. Andaian dan harapan guru terhadap proses penerimaan kognitif pelajar daripada pengajaran guru adalah tinggi. Guru mengharapkan pelajar boleh mengasimilasikan dan mengakomodasikan pengajaran guru dalam kelas. Hakikatnya guru tidak sedar tentang masalah pelajar dalam mempelajari dan memahami konsep-konsep matematik khususnya. Miskonsepsi merupakan satu 'penyakit’ yang terselindung dan tersembunyi dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan sekiranya tidak dibetul dan dipulihkan akan menyekatkan perkembangan pemikiran logika matematika pelajar. Tambahan pula dengan dasar PPSMI yang dimulakan pada tahun 2003 pelbagai lagi masalah pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar timbul. Oleh yang demikian, tujuan kertas kerja ini adalah untuk membuka ruang kepada guru-guru untuk membuat refleksi terhadap miskonsepsi pelajar. Dalam hal ini satu kajian dijalankan untuk memeriksa miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan pelajar Tahun 5 di dua buah sekolah kebangsaan. Pelajar dikehendaki menjawab sebanyak 30 soalan matematik Tahun 5 dan mereka dikehendaki memberi alasan mengapa memberi jawapan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar daripada kedua-dua buah sekolah ini mempunyai miskonsepsi yang hampir sama pada beberapa soalan yang mereka silap. Dapatan kajian boleh diguna pakai oleh guru untuk menganalisis dan mensintesis proses pengajaran mereka bagi tujuan peningkatan pengajaran dan pembelajaran matematik para pelajar.

 

P22

 

PEMAHAMAN PELAJAR LEPASAN MATRIKULASI DALAM TOPIK PEMBEZAAN

Ezrinda Mohd Zaihidee
Siti Fatimah Hj Ahmad Zabidi
(Universiti Malaysia Pahang) 

Di dalam mempelajari matematik terutamanya kalkulus, kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep adalah amat penting. Tanpa kefahaman, ilmu yang diperolehi tidak dapat diaplikasikan dalam situasi yang lain. Satu kajian telah dibuat terhadap sekumpulan pelajar ijazah sarjana muda tahun satu jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik di Universiti Malaysia Pahang. Pelajar-pelajar ini telah mendaftar subjek Matematik Kejuruteraan I pada semester I sesi 2008/09. Sebanyak 30 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Dua pendekatan telah digunakan iaitu pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Pendekatan kualitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian manakala pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan berdasarkan satu set soalan ujian. Seterusnya analisis dibuat berdasarkan maklumat-maklumat dari kedua-dua pendekatan tersebut. Kertas kerja ini turut membincangkan hasil kajian yang dapat memberi manfaat dalam pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkualiti. 


 

P23

 

AMALAN REFLEKTIF PENDIDIK MATEMATIK:  SATU KAJIAN KES

Zaharah Hussin
Fatimah Saleh
(Universiti Sains Malaysia)
 

Kajian ini bertujuan untuk mendapat celik akal berkenaan amalan reflektif dalam kalangan guru Matematik. Kajian dijalankan secara kajian kes menggunakan pendekatan kualitatif. Fokus kajian adalah untuk mengetahui sejauh mana guru Matematik melaksanakan refleksi dalam pengajaran matematik dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan mereka. Lima soalan kajian telah dibentuk dan bagi menjawab soalan tersebut, kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Kajian melibatkan dua orang guru Matematik sebagai subjek kajian. Dapatan kajian menunjukkan subjek melakukan refleksi dalam perancangan dan pengajaran mereka. Faktor utama guru melaksanakan refleksi adalah kerana mereka menghadapi dilemma dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkait rapat dengan sikap pelajar. Dapatan kajian mendapati walaupun subjek percaya guru perlu melaksanakan refleksi, tetapi masa merupakan penghalang utama bagi mereka melaksanakan refleksi secara formal dan berterusan. Selain itu, kekaburan tentang cara yang sistematik untuk melaksanakan refleksi juga menghalang mereka melaksanakan refleksi dengan sempurna. Sistem persekolahan yang berorientasikan peperiksaan juga menyebabkan guru tidak menggunakan sepenuhnya penilaian yang diperolehi daripada amalan reflektif mereka.

 

P24

  

 KESAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN GEOMETER’S SKETCHPAD TERHADAP  PENCAPAIAN PELAJAR DALAM TOPIK TRANSFORMASI

Azlina Binti Mohd Kosnin
Suhaila Binti Abdullah
(Universiti Teknologi Malaysia) 

Ramai dalam kalangan pelajar sekolah menengah menghadapi masalah dalam memahami dan menguasai mata pelajaran matematik, khususnya dalam topik transformasi, dan kajian literature mencadangkan kaitan antara pemahaman topik-topik tertentu dalam matematik dengan keupayaan spatial. Kajian ini melihat kaitan keupayaan spatial dengan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah transformasi dan keberkesanan penggunaan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP) dalam meningkatkan keupayaan pelajar dalam topik transformasi. Seramai 100 orang pelajar tingkatan dua telah dipilih sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diajar topik transformasi menggunakan kaedah biasa (kumpulan kawalan) manakala satu lagi kumpulan (kumpulan eksperimen) diajar menggunakan kaedah biasa dan diikuti dengan pengajaran berbantukan perisian Geometer’s Sketchpad. Dua instrumen telah digunakan untuk menguji keupayaan spatial pelajar, iaitu Form Board Test dan Paper Folding Test. Satu set soalan transformasi telah dibina dan diuji kepada semua pelajar setelah pengajaran secara biasa dilakukan. Ujian yang sama diberikan sekali lagi kepada kedua-dua kumpulan setelah kumpulan eksperimen diajar menggunakan GSP. Dapatan menunjukkan hubungan yang signifikan antara keupayaan spatial dengan pencapaian dalam topik transformasi (r = 0.48, p<0.01). Analisis berkaitan perbezaan pencapaian pelajar antara kumpulan kawalan dan eksperimen menunjukkan peningkatan dalam pencapaian yang signifikan bagi kumpulan eksperimen, tetapi tidak pada kumpulan kawalan.


 

P25

 

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME DALAM KALANGAN GURU SAINS  MELALUI PROGRAM PERKEMBANGAN STAFF

 Rosnah Andak
Naimah Yusoff 

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi guru sains di sekolah menengah terhadap perkembangan profesionalisme mereka selepas mengikuti program perkembangan staf. Seramai 43 orang guru sains lelaki dan perempuan dari 15 buah sekolah telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif berasaskan kepada item yang berkaitan dengan profesionalisme keguruan. Dua aspek utama telah dikenal pasti, iaitu aspek pengetahuan dan kemahiran. Dapatan kajian secara umumnya menunjukkan guru yang terlibat dalam kajian ini berada pada tahap sederhana sahaja dari aspek pengetahuan dan kemahiran. Namun begitu, peratusan yang tinggi telah menunjukan mereka mempunyai kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran setelah melalui program pembangunan staf, dan seterusnya dapat dapat meningkat prestasi mata pelajaran. Walau bagaimanpun, hanya sebilangan kecil sahaja yang mempunyai pengetahuan dalam menggunakan pelbagai pendekatan mengikut kecerdasan pelbagai murid dan mencungkil potensi murid setelah mengikuti program tersebut. Kajian ini juga mendapati guru kurang mempunyai kemahiran dalam mengamalkan amalan pengajaran yang baru. Guru merasakan mereka mempunyai pengetahuan mengenai kandungan kurikulum dan pengetahuan memilih kaedah. Implikasi kajian ialah, guru perlu mempunayi pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam meningkat profesionalisme keguruan khususnya terhadap pengajaran sains dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, program perkembangan staf perlu disusun secara sistematik dan terperinci bagi meningkat kualiti pengajaran guru.

 

P26

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KERJA AMALI DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM TAJUK DAYA

Rohana Binti Mohd Atan
Shaharom Bin Noordin
(Universiti Teknologi Malaysia)

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara sikap dan amalan kerja amali dengan pencapaian pelajar tingkatan empat dalam tajuk Daya. Sampel kajian terdiri dari 134 pelajar, 59 pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan.yang mengambil mata pelajaran Fizik dari lima buah sekolah harian di sekitar daerah Johor Bahru. Dua alat kajian digunakan iaitu Ujian Penilaian Amalan Kerja Amali Pelajar dalam Tajuk Daya (UPAKAPD) terdiri dari satu soalan esei yang berformat amali yang mengukur kefahaman pelajar dalam mereka bentuk amali. Ujian Pencapaian Pelajar dalam tajuk Daya (UPPD) pula terdiri daripada 20 soalan yang mengukur tahap pencapaian pelajar dalam tajuk Daya. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk min, peratus dan sisihan lazim dan bagi mendapatkan hubungan antara pembolehubah pertalian Pearson r digunakan. Pencapaian dan amalan kerja amali pelajar masing-masing pada tahap kepujian (52.2% , 65.0%) dengan pertalian yang kuat (r =.74) serta hubungan yang bererti pada aras .03 antara amalan kerja amali dan pencapaian pelajar. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa amalan kerja amali pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar. Bagi meningkatkan pencapaian pelajar ke tahap lebih cemerlang pendekatan pengajaran dan pembelajaran mesti berpusatkan pelajar.


 

P27

 

AN ANALYSIS OF PRIMARY SCHOOL MATHEMATICS TEXTBOOKS USED IN MALAYSIAN CLASSROOM: WORD PROBLEMS IN ADDITION AND SUBTRACTION

Parmjit Singh
(Mara University Of Technology, Malaysia) 

Mathematics textbooks are a key component in most classrooms teaching and learning as they are used as a source of mathematical learning by both teachers and pupils’. The most basic fundamental concept introduced at the early stage in pupils’ mathematical learning is in addition and subtraction and the ability to use these concepts in solving word problems is a prerequisite in almost all topics in mathematical learning for Primary schools. Taking this into consideration namely textbooks, word problems and the concept of addition and subtraction, this study embarked on a mission to investigate the types of word problems in addition and subtraction available in text books used in Malaysian Primary Schools namely at Primary 3 and Primary 4. Firstly, it examined the distribution of eleven types (categories) of addition and subtraction word problems based on the Van de Walle (1998) model which has been extensively used as a benchmark for addition and subtraction constructs in the literature. The finding from this study indicates that Primary 3 and Primary 4 text books did not adequately represent all the eleven types of addition and subtraction word problems. Some of the categories such as the first and the fourth are over represented while others are either underrepresented or not represented at all in the text books used. These distributions of word problems were extremely uneven and seemed to indicate a haphazard insertion of problems in the school text books without taking into consideration of research inputs as a benchmark. Secondly, this research analyzed the relationship between the distribution of these eleven types of word problems and pupils’ success in solving them. The findings indicate that pupils were less successful on the problem types that were underrepresented in these texts.


 

P28

  

DARI PERSPEKTIF TEORI BEBAN KOGNITIF: ADAKAH PBL BERKESAN?

Kahirol B. Mohd. Salleh
(Universiti Tun Hussien Onn Malaysia)
Lai Chee Sern  
(University Of Bremen, Germany) 

Penggunaan PBL (Pembelajaran berasaskan masalah) semakin mendapat sambutan yang baik terutamanya di institutsi pengajian tinggi. Secara ringkasnya, PBL adalah satu kaedah pembelajaran di mana penguasaan ilmu pengetahuan adalah melalui proses penyelesaian masalah (Barrows, 1986). Dalam erti kata lain, ´masalah’ digunakan sebagai perangsang dalam proses pembelajaran. Kertas ini akan membincangkan samada pendekatan pembelajaran yang berasaskan penyelesaian masalah dapat membantu mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar dari perspektif Teori Beban Kognitif (Cognitive Load Theory). Secara spesifiknya, perbincangan dalam kertas ini akan fokus kepada koncep PBL, Teori Beban Kognitif (TBK), serta masalah-masalah dalam kajian PBL. Di samping itu, cadangan akan diketengahkan untuk mengatasi masalah penggunaan pendekatan PBL dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


 

P29

 

PROMOTING INNOVATIVE USE OF GEOMETER’S SKETCHPAD (GSP) THROUGH LESSON STUDY COLLABORATION: A CASE STUDY

 Lim Chap Sam
Chew Cheng Meng
(Universiti Sains Malaysia)
Chiew Chin Mon
(Institut Perguruan Tunku Bainun)
Goh Seok Inn
(SMK Berapit Bukit Mertajam ) 

This study aims to promote mathematics teachers’ innovative use of Geometer’s Sketchpad (GSP) through Lesson Study collaboration. Four lesson study groups were set up in four secondary schools in Penang and Kedah. This paper discusses how lesson study process has enhanced the innovative use of GSP in one of the lesson study groups. The lesson study group consists of 3 female and one male mathematics teachers have completed two lesson study cycles during June 2007 through May 2008. Qualitative data were collected through written lesson plans, video-taped teaching and participants’ individual interview. Preliminary analysis of the data indicates positive changes in these in-service mathematics teachers’ basic knowledge and skills in using GSP to teach lines and plane in three dimensions as well as loci. This is evidenced in their mathematics lesson plans, GSP sketches, worksheets and videotaped teaching observation. Analysis of their interview transcripts also reveals positive acceptance and encouraging feedback about Lesson Study process that promotes peer support and collaboration. Consequently this has enhanced their confidence in using GSP to teach geometry at the secondary school level.

 

P30

 

TAHAP PENGUASAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN KERJA AMALI (PEKA)  SAINS PENILAIAN MENENGAH RENDAH

Abdul Rahim Hamdan
Saliza Ahmad
(Universiti Teknologi Malaysia) 

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan guru daripada segi matlamat dan prosedur pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains Penilaian Menengah Rendah (PMR). Faktor-faktor yang dikaji mempengaruhi tahap penguasaan guru adalah faktor latar belakang guru (jantina dan pengalaman mengajar), faktor persekitaran (jenis sekolah Gred A dan Gred B) dan faktor sokongan individu berautoriti (pentadbir sekolah, pemantau dan penyelaras PEKA Sains PMR). Selain itu perkaitan di antara faktor-faktor latar belakang guru, faktor persekitaran dan sokongan individu berautoriti dengan tahap penguasaan guru daripada segi matlamat dan prosedur pelaksanaan PEKA Sains PMR turut akan dikaji. Masalah dan kekangan utama yang dihadapi oleh guru-guru semasa melaksanakan PEKA Sains PMR juga akan dikenalpasti dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 283 orang guru yang mengajar Sains di peringkat menengah rendah di Johor Bahru. Kajian ini melibatkan analisis data secara kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif berfokus kepada usaha untuk mengenalpasti masalah dan kekangan yang dihadapi semasa pelaksanaan PEKA Sains PMR. Data kuantitatif yang diperoleh melalui soal selidik pula akan digunakan untuk mengkaji perkaitan di antara faktor-faktor latar belakang guru, faktor persekitaran dan sokongan individu berautoriti dengan tahap penguasaan guru daripada segi matlamat dan prosedur pelaksanaan PEKA Sains PMR.