|
Kertas | 1 - 10 |
11 - 20 |
21 - 30 |
31 - 40 |
41 - 50 |
51 - 59 | |
|
|
P11 |
Teaching First Order Differential Equations To Engineering
Students: An Application Approach by Maz Jamilah Masnan and
Aishah Mohd Noor (Universiti Malaysia
Perlis)
|
P12 |
A Study On Factors Involved In University Students Learning Of
Calculus by Maznah Banu Bt Mohamed Habiboo Raman (UITM) |
P13 |
Open Source Mathematical Software For The Study Of Mathematics
And Calculus by Zaihar Yaacob and Siti Nur Elmi Abdul Aziz (Unikl
Micet, Vendor City Taboh Naning, Melaka)
|
P14 |
Tahap Kerangka Alternatif Di Kalangan Pelajar
Aliran Sains Tingkatan Lima Dalam Tajuk Daya Apung oleh Wong
Teck Kim & Seth Sulaiman (Universiti
Teknologi Malaysia)
|
P15 |
Andaian Linguistik Dalam Proses Kefahaman Istilah Fizik oleh
Imran Ho Abdullah & Muhammad Yahaya (Universiti
Kebangsaan Malaysia) |
P16 |
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Matematik Di
Peringkat Sekolah Menengah oleh Zaleha Ismail & Daliyanie Mat
Saaid (Universiti Teknologi Malaysia)
|
P17 |
Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah
Menengah oleh Zaleha Ismail & Norasliza Hassan (Universiti
Teknologi Malaysia)
|
P18 |
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Guru
Pelatih Matematik Sekolah Menengah oleh Zaleha Ismail &
Nurul Ain Binti Hamzah (Universiti Teknologi Malaysia)
|
P20 |
Pencapaian Biologi Dan Bahasa Inggeris Peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia : Kesan Ke Atas Keputusan Biologi (Fqah0113 Dan
Fqah0114) Di Pasum oleh Kamariah, H., Nor Azlina, A.A., Mahanom,
J., Kamaludin, A. R., Dan Hashida, N.H. (Universiti
Malaya)
|
|
|
|
|
P11 |
TEACHING FIRST ORDER DIFFERENTIAL EQUATIONS TO ENGINEERING
STUDENTS: AN APPLICATION APPROACH
Maz Jamilah Masnan
Aishah Mohd Noor
(Universiti Malaysia Perlis)
Mathematics is an essential tool in any engineering field.
Undergraduates enrolled in any engineering courses should not
only be able to understand the theories and concepts being
taught in mathematics classes, but also able to apply what they
have learnt in solving their related engineering problems.
However, teaching mathematics from the application perspective
sometime burdensome the mathematics lecturers since most
mathematics courses are being taught as a service course. It is
not justifiable to teach various engineering courses with
different kinds of applications to be included in the teaching
materials because of time constrains and lack of experience.
Thus, this paper provides a substance that could be useful to
exposed students to an application problem in first order
differential equations. A related sample problem is chosen and
explained in detail so that students can see that mathematics is
relevant to their engineering field. This paper also describes
the practical way to teach students from various engineering
fields with different kind of notation used in the course. It is
hoped that this paper offer something to young lecturer for
their teaching purposes, and helps student to understand better
in the subject.
|
P12 |
A STUDY ON FACTORS INVOLVED IN UNIVERSITY STUDENTS LEARNING OF
CALCULUS
Maznah Banu Bt Mohamed Habiboo Raman (UiTM)
This research was done on students from two different
universities regarding the underlying factors involved in
understanding and mastering of the basic techniques of
differentiation. Among the factors studied were students’
interest in Calculus, their confidence in solving
differentiation question, their confidence in their choice of
method and the best solution for the differentiation question.
A sample of 121 students was involved in this research where
they were categorized in three different groups. Two of the
groups were fresh graduates from secondary school with no work
experience while the third group was students studying Calculus
on part time while having a full time job. The research
instrument was a paper and pencil test consist of two sections.
Section A consists of a set of questionnaire and differentiation
question while section B consists of differentiation question
which involve trigonometry and product rule. Besides
categorizing the underlying factors in mastering the basic
techniques, their solution was also analyzed according to the
types of errors they made in solving the differentiation
question.
|
P13 |
OPEN SOURCE MATHEMATICAL SOFTWARE FOR THE STUDY OF MATHEMATICS
AND CALCULUS
Zaihar Yaacob
Siti Nur Elmi Abdul Aziz
(Unikl Micet, Vendor City Taboh Naning, Melaka)
Mathematical software like Matlab, Mathematica and Maple are
powerful, flexible and well documented. However their high price
tags is usually a let down for institutions or individual who
are planning to buy and used them. Also, such programs are
proprietary which limit the sharing of knowledge among
academicians and researchers. In this paper, we propose two open
source mathematical software and study its ability in solving
mathematical problems.
|
P14 |
TAHAP KERANGKA ALTERNATIF DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN SAINS
TINGKATAN LIMA DALAM TAJUK DAYA APUNG
Wong Teck Kim
Seth Sulaiman
(Universiti Teknologi Malaysia)
Kertas kerja ini melaporkan hasil kajian Fasa 1 disertasi
sarjana. Kajian Fasa 1 ini bertujuan untuk meninjau tahap
kerangka alternatif dalam tajuk daya apung di kalangan semua
pelajar (n=212) aliran sains tingkatan lima di salah sebuah
sekolah menengah harian daerah Johor Bahru, Johor dengan
menggunakan Ujian Konsep Daya Apung (UKDA). Di samping itu,
kajian ini juga bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap tahap kerangka alternatif
merentas jantina. Data dianalisis dengan menggunakan perisian
komputer SPSS versi 11.5. Analisis yang digunakan termasuklah
kekerapan, min, peratusan, sisihan lazim dan ujian-t. Daripada
analisis yang dijalankan, secara keseluruhannya didapati tahap
kerangka alternatif pelajar adalah pada tahap sederhana dan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kerangka
alternatif di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pada
aras signifikan .05.
|
P15 |
ANDAIAN LINGUISTIK DALAM PROSES KEFAHAMAN ISTILAH FIZIK
Imran Ho Abdullah
Muhammad Yahaya
(Universiti Kebangsaan Malaysia)
Pembelajaran dan pengajaran sains memerlukan satu bahasa
digunakan sebagai pengantara untuk guru menyampaikan dan untuk
murid mempelajari dan mengamati konsep sains yang diperkenalkan
dan mahu dipelajari itu. Persoalan yang dikupas dalam kertas
kerja ini adalah sama ada perkataan yang digunakan dalam istilah
fizik seperti daya, rintangan, geseran
dsbnya. mempunyai implikasi kepada pengamatan sesuatu konsep
sains itu sendiri. Dengan berdasarkan teori linguistik kognitif,
pemakalah menghuraikan analisis semantik / metafora bagi
beberapa istilah fizik dalam bahasa Melayu dan membandingkan
dengan istilah dalam bahasa Inggeris serta membandingkan
pengkonsepsian yang termaktub dalam rangkaian semantik dalam dua
bahasa tersebut.
|
P16 |
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM) MATEMATIK DI
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
Zaleha Ismail
Daliyanie Mat Saaid
(Universiti Teknologi Malaysia)
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan salah satu
kaedah pembelajaran aktif yang berasaskan teori konstruktivisme
sosial . Proses pembelajaran ini bermula dengan masalah dan
pelajar membina idea baru berdasarkan bahan sokongan, maklumat
dan pengetahuan sedia ada. PBM dilaksanakan secara kolaboratif
di mana proses ini akan membantu pelajar membina beberapa
kemahiran dan menggalakkan pembelajaran melalui beberapa fasa
dalam penyelesaian masalah. Kajian literatur menunjukkan PBM
banyak dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi terutamanya di
peringkat kolej dan universiti. Walaubagaimanapun, kekerapan
pelaksanaan PBM di peringkat sekolah masih di peringkat rendah.
Dalam bidang matematik, kajian PBM memberi perhatian dalam
mengenalpasti masalah yang sesuai, kemahiran penyelesaian
masalah, sikap dan persepsi pelajar terhadap PBM. Kajian
deskriptif ini bertujuan untuk melihat kesesuaian dan kesan
pelaksanaan PBM di peringkat sekolah menengah. Sampel kajian
terdiri daripada enam orang pelajar Tingkatan 1 di sebuah
sekolah di daerah Kluang, Johor. Antara instrumen kajian yang
digunakan ialah skrip soalan penyelesaian masalah, dan rubrik
untuk menilai kemahiran kolaboratif pelajar. Kajian ini
dicadangkan untuk menjawab persoalan berikut: Apakah kemahiran
kolaboratif yang digunakan dalam PBM? Apakah kualiti pengetahuan
matematik yang dapat dibina oleh pelajar melalui PBM?
|
P17 |
PENGETAHUAN
PEDAGOGI KANDUNGAN GURU PELATIH MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
Norasliza Hassan
(SMK Tanjung Pengeleh, Pengerang)
Zaleha Ismail
(Universiti Teknologi Malaysia)
Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) ialah satu jenis
pengetahuan yang unik bagi seseorang guru berdasarkan kepada
cara guru mengaitkan pedagogi dengan isi kandungan sesuatu
disiplin atau apa yang perlu diajar. Integrasi kedua-dua jenis
pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi
kandungan. PPK memainkan peranan yang penting sebab ia
menyepadukan isi kandungan dan pedagogi untuk pembentukan
kefahaman tentang bagaimana topik, masalah dan isu pengajaran
diorganisasikan, diwakili dan diadaptasikan berdasarkan pelbagai
minat dan kebolehan pelajar. Dalam latihan guru matematik,
pengetahuan ini merangkumi pedagogi, matematik dan psikologi
pelajar. Usaha untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pedagogi
kandungan 21 orang guru pelatih di Universiti Teknologi
Malaysia yang mengikuti subjek “Kaedah Mengajar Matematik” telah
dijalankan. Kertas kerja ini menumpukan kepada kemahiran guru
dalam mengemukakan soalan kepada pelajar dalam kelas matematik.
Instrumen kajian terdiri daripada empat soalan subjektif. Antara
soalan yang dikemukakan memerlukan guru menghasilkan dua soalan
yang sesuai berkaitan sebarang topik matematik untuk dikemukakan
semasa sesi perbincangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Mereka seharusnya dapat mengemukakan soalan
berjenis divergen berbanding jenis konvergen supaya
perbincangan yang aktif dapat diwujudkan. Dapatan kajian akan
menggambarkan tahap penguasaan dan kualiti PPK guru pelatih yang
bakal menjalankan latihan mengajar. Hasil kajian ini adalah
sebagai langkah awal untuk memperbaiki tahap penguasaan
pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih matematik. Dapatan
kajian ini dijangka boleh menyumbang dalam pembangunan sebuah
sistem e-pembelajaran autentik yang berfungsi sebagai sokongan
perkembangan professionelisme keguruan matematik.
|
P18 |
PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN GURU PELATIH MATEMATIK
SEKOLAH MENENGAH
Zaleha Ismail
Nurul Ain Binti Hamzah
(Universiti
Teknologi Malaysia)
Dalam usaha menyediakan dan membangunkan professionelisme guru
matematik, pendidik pengajian tinggi menghadapi cabaran untuk
melengkapkan mereka dengan pengetahuan teknologi pedagogi
kandungan (PTPK). Pengetahuan ini merupakan persilangan antara
pengetahuan matematik, pengetahuan teknologi dan pengetahuan
pembelajaran dan pengajaran. Keperluan mendapat pendedahan dan
pengalaman berkaitan PTPK menjadi kritikal memandangkan selama
ini mereka mempelajari matematik dalam suasana pengajaran yang
hampir tidak mengintegrasikan teknologi. Oleh yang demikian,
mereka sukar untuk menggambarkan bagaimana teknologi komputer
dapat diintegrasikan dalam kurikulum supaya dapat mengwujudkan
suasana pembelajaran yang berkesan. Objektif sesuatu kursus yang
bertujuan untuk menyediakan PTPK dalam kalangan guru pelatih
haruslah menekankan apakah alat teknologi yang sesuai untuk
pembelajaran matematik, kaedah yang berkesan untuk
menggunakannya, bagaimana sikap dan kepercayaan mereka terhadap
penggunaan teknologi dalam pengajaran dan kesediaan guru
berkenaan terhadap penggunaan teknologi dalam kelas matematk.
Kajian awal ini bertujuan untuk meninjau tahap PTPK dua puluh
empat orang pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
Matematik yang baru tamat mengikuti satu kursus yang
mengutamakan PTPK yang dikenali sebagai subjek Amali Pendidikan
Matematik. Instrumen yang digunakan ialah borang soal-selidik
untuk tujuan melihat kesediaan, sikap dan kepercayaan responden
terhadap elemen PTPK. Hasil kerja responden yang berbentuk
jawapan ujian atas talian beserta “hands-on” juga dianalisis
untuk mengenal pasti tahap PTPK. Dapatan kajian akan
dimanfaatkan untuk usaha membangunkan sistem sokongan atas
talian yang boleh membantu guru dan guru pelatih meningkatkan
PTPK.
|
P20 |
PENCAPAIAN BIOLOGI DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT SIJIL PELAJARAN
MALAYSIA : KESAN KE ATAS KEPUTUSAN BIOLOGI (FQAH0113 DAN
FQAH0114) DI PASUM
Kamariah, H., Nor Azlina, A.A., Mahanom, J., Kamaludin, A. R.,
Dan Hashida, N.H. (Universiti Malaya)
Kajian ini telah dijalankan keatas 74 orang pelajar Asasi Sains
Hayat sesi 2006/2007 Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
(PASUM). Pelajar-pelajar ini diambil daripada 4 kumpulan tutoran
yang dipilih secara rawak. Kajian dijalankan bertujuan untuk
melihat perkaitan antara keputusan Biologi dan Bahasa Inggeris
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pencapaian
Biologi di PASUM. Keputusan Biologi dan Bahasa Inggeris pelajar
di peringkat SPM dibandingkan dengan keputusan Biologi Semester
II di PASUM. Hasil kajian mendapati bahawa daripada 46 orang
pelajar yang mendapat gred A Biologi di peringkat SPM, 47%
memperolehi gred A bagi kursus FQAH0113 dan 53% mendapat gred A
bagi kursus FQAH0114. Manakala daripada 48 orang pelajar yang
mendapat gred A dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, 50%
mendapat gred A bagi kursus FQAH0113 dan 49% mendapat gred A
bagi kursus FQAH0114. Kajian juga menunjukkan bahawa daripada 37
orang pelajar yang mendapat gred A bagi kedua-dua Biologi dan
Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, 68% mendapat gred A bagi
kursus FQAH0113 dan 64% mendapat gred A bagi kursus FQAH0114.
Hasil kajian menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara
keputusan Biologi SPM dengan pencapaian Biologi (kursus FQAH0113
dan FQAH0114) di PASUM. Pelajar yang cemerlang dalam Biologi SPM
menunjukkan pencapaian yang baik dalam Biologi di PASUM.
Hubungan positif yang signifikan juga ditunjukkan antara
keputusan yang baik bagi kedua-dua Biologi dan Bahasa Inggeris
di peringkat SPM dengan pencapaian Biologi di PASUM. Hasil dari
kajian ini mendapati bahawa kumpulan pelajar yang cemerlang
dalam kedua-dua Biologi dan Bahasa Inggeris menunjukkan prestasi
yang lebih baik dalam Biologi di PASUM berbanding pelajar yang
hanya cemerlang di dalam salah satu Kesimpulannya,
pelajar-pelajar yang mempunyai asas Biologi dan Bahasa Inggeris
yang kukuh di peringkat sekolah menengah akan mendapat keputusan
yang cemerlang dalam Biologi di PASUM
|
|
|
|
|
|
|
|
|